Tuesday, 18 December 2012


INTEGRASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN  PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)

Kecanggihan yang semakin berkembang menyediakan banyak manfaat kepada manusia. Pelaksanaan aktiviti dalam kehidupan seharian menjadi semakin mudah, efektif dan efisien dengan kewujudan pelbagai alat teknologi. Demikian juga dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) di dalam bilik darjah. Penggunaan alat- alat teknologi semasa sesi P&P bukan sahaja menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan mudah, tetapi mampu meningkatkan minat dan fokus para pelajar. Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan bukan sekadar menjadi trend dan ikutan semata- mata, tetapi lebih menjurus kepada pengaplikasian sebuah pendekatan baru dan terkini dalam menghasilkan satu sesi P&P yang berinovasi.

Pengintegrasian teknologi pendidikan dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah memberikan impak yang baik kepada  pelajar mahupun guru mata pelajaran di mana terdapat banyak faedah yang diperolehi. Semestinya dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mempunyai aktiviti-aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal. Oleh itu, pengintegrasian teknologi pendidikan ini dapat memantau denyutan jantung pelajar iaitu dengan menggunakan alat pengukur automatik dan alat transmisi. Kadar denyutan jantung pelajar akan diambil melalui pemakaian jam tangan di pergelangan tangan serta getah elastik yang akan diikat di sekitar dada pelajar untuk merekodkan data. Pengintegrasian teknologi ini akan membantu untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan. Selain itu, sistem telemetri kadar nadi juga boleh digunakan untuk menetapkan sasaran individu. Contohnya, berdasarkan data nadi yang telah direkodkan, pengajar pendidikan jasmani menyediakan preskripsi kepada ibu bapa tentang bagaimana untuk membantu anak-anak mereka meningkatkan fitness. Di samping itu juga, kadar nadi yang telah dicatatkan sebelum ini akan dijadikan sebagai motivasi kepada rakan sekelas.

Teknologi yang semakin moden pada masa kini telah memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam Pendidkan Jasmani dan Kesihatan. Ketika aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dilakukan, pengajar boleh menggunakan perakam video untuk merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain sesuatu permainan, kemudian dapat menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan penambahbaikan. Penggunaan model perakam video monitor LCD yang baru boleh mendapat maklum balas dengan serta merta. Penggunaan teknologi ini adalah untuk membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke masa. manakala video yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk menunjukkan teknik yang betul kepada pelajar, terutama apabila pengajar tidak mempunyai kepakaran. Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang menggunakan video kamera dalam pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan pita kamera dengan serta-merta selepas setiap prestasi, menggunakan maklum balas secara lisan dan memberi isyarat semasa memainkan pita, gunakan video secara berulang kali, ‘zoom in’ untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu, menukar sudut kamera, termasuk perspektif alam sekitar, dan menonton skrin yang berpecah.

Pengintegrasian teknologi pendidikan ini juga mempunyai banyak kesan-kesannya sama ada positif mahupun negatif. Namun penggunaan teknologi ini lebih banyak memberikan kesan yang positif dimana ianya dapat membantu guru-guru  yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.  Sebagai contoh penghasilan perisian berbantukan multimedia-komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Tingkatan Lima, membantu pelajar sekolah manfaatkan kehebatan teknologi teknologi maklumat dalam p&p mata pelajaran sukan.  Guru mata pelajaran PJK boleh mempelbagaikan kaedah p&p, iaitu selain daripada menggunakan kemudahan fizikal seperti padang atau  gelanggang, mereka juga boleh melaksanakan p&p di makmal komputer dengan menggunakan perisian yang direkacipta itu. Begitu juga dengan ujian kecergasan pelajar di sekolah boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa peralatan yang telah direka cipta seperti pembangunan makmal pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), Alat Ujian Tekan TubiMenggunakan Sensor, Alat Ujian Lompat Jauh Berdiri Menguji Kekuatan Otot Berelektronik, Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Subjek Kecergasan Fizikal dan sebagainya.

Manakala dalam bidang sukan pula, para jurulatih di sekolah khususnya, boleh mengadaptasikan penggunaan teknologi untuk membolehkan para atlet mendapat kesan yang positif dalam latihan dan seterusnya menjulang kecemerlangan dalam kejohanan yang disertai.  Sebagai contoh, terciptanya alat pengesan batal dalam acara lompat jauh menggunakan sensor,  alat koordinasi menggelecek bola keranjang berelektronik bagi ujian kecergasan fizikal, analisis kinematik pergerakan kaki dalam latihan sukan lawan pedang menggunakan alat bantuan latihan, alat kiraan mata berelektronik dalam sukan netbal dan sebagainya. Di antara kelebihan penggunaan semua hasil rekacipta yang dinyatakan ini adalah  ianya lebih murah berbanding dengan kos yang perlu dibelanjakan sekiranya menggunakan peralatan yang sama yang terdapat di pasaran, baik dari dalam atau luar negara.  Sebagai contoh, rekacipta dan pembangunan Makmal Pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk Sekolah-sekolah di Malaysia yang mengandungi tujuh stesen ujian hanya menelan belanja sekitar lebih kurang RM5000 sahaja, sedangkan kos di pasaran melebihi RM30,000. Keadaan ini menunjukkan hasil rekacipta teknologi sukan tempatan amat kompeten dan boleh bersaing di peringkat global dengan bukan sahaja hasil yang sama mutunya dengan keluaran luar negara, malah boleh dimiliki dengan harga yang amat rendah, berpatutan dan mampu milik.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan sukan akan memberi impak yang baik kepada pelajar dan atlet. Ianya juga membolehkan guru dan jurulatih membuat persiapan dan perancangan setiap sesi latihan dengan lebih cekap, mudah, berkesan dan diharapkan akan mencapai objektif pengajaran dan kejayaan dalam bidang sukan tersebut. Penggunaan peralatan seperti alat pengering kasut mudah alih yang telah direkacipta oleh UTM akan membantu para pelajar atau atlet membuat persiapan yang sesuai sebelum menyertai kelas PJK dan juga sebelum memulakan sesi latihan atau semasa sesuatu kejohanan. Dengan adanya penggunaan teknologi sebegini, diharapkan negara kita akan terus maju terutamanya kepada pelajar-pelajar serta para pengajar sekaligus dapat melahirkan atlet-atlet yang bermutu di masa hadapan.

Tuesday, 11 December 2012


ini adalah video kumpulan saya yang dirakam dan diedit oleh kumpulan saya sendiri. selamat menonton :)


                                  

hai. ini adalah bahan bantu mengajar bukan eletronik yang telah saya cipta dengan hasil tangan saya sendiri. dan disini saya sertakan gambar-gambar sebelum dan selepas membuat bahan bantu mengajar bukan elektronik ini atau lebih dikenali sebagai "bat dan bola softball/besball".

bahan-bahan yang digunakan


hasil sebelum siap sempurna

hasil yang telah siap sempurna

10 POSISI GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK












DONE :)

hai. ini adalah kulit buku yang telah saya siapkan. just simple. :)



Wednesday, 5 December 2012











Saturday, 24 November 2012



1)      Alat Pencari Bakat Sukan

Aplikasi yang dipilih akan menentu ukur tahap stamina dan kecekapan seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah berbeza di atas panel heksagon. Antara keistimewaan alat ini adalah :-


-           ianya dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan. Selain itu, ciptaannya juga adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut. Ia juga bertindak sebagai alat latihan sampingan sekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti biasa

Cara penggunaan alat tersebut pula adalah :-

-           pertamanya, pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan. Kemudian, pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan. Justeru, bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu.




2)      Mountain Bike Skiver Ortovok



-        -          Ini adalah produk untuk peminat aktiviti lasak. Basikal ini dicipta untuk memudahkan pengendaliannya. Dalam erti kata lain, basikal ini juga berfungsi sebagai pengangkutan di laluan berbukit berdasarkan ciri keselamatan yang dimilikinya seperti beg tangan depan dan belakang.
-          Selain itu, basikal ini juga boleh menjadi beg galas dan berfungsi sebagaimana basikal berfungsi terutamanya ketika menaiki bukit atau menuruninya.




3)      Sut Scuba



-          Design pembuatan alat ini berdasarkan klasifikasi yang mudah digunakan.
-          Pembuatannya juga memberi peluang kepada orang cacat untuk mencuba meneroka alam bawah laut, iaitu kerusi roda atau wheel chair.


4)      Alat Terapi elektrostatik DR HEALTH 9000
         

-          Alat Terapi Medan Elektrik DR HEALTH 9000 meransang proses pemulihan tubuh badan menerusi aplikasi medan elektrik 9000V / 60Hz. Alat ini menggunakan kaedah medan elektrik bagi merangsang pemulihan semulajadi tubuh dengan menggunakan  medan elektrik dari luar tubuh untuk menggalakkan revitalasi sel-sel tubuh serta meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit. Ia juga berupaya untuk mengurangkan tahap keasidan dalam darah dan mengembalikannya ke tahap pH normal agar tubuh kekal sihat

-          DR HEALTH 9000 terbukti mampu membantu pesakit menangani pelbagai kesan akibat penyakit seperti Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Arthritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati tanpa kesan sampingan jangkapanjang. Ianya juga mempunyai enam fungsi utama untuk mengalirkan medan elektrik bagi merangsang peredaran darah, membersihkan kotoran dalam saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal, meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan serta membantu membina sel-sel baru.



5)      Alat Pengesan Aliran Darah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhy2TPCH5Sr34meys0xFuMt8wr05BddJf83V5oR7SmqbUPFqpTklGtlWvemCVech7smJfmvlj4n0bLGuYz-zNyVRU27t7onOLj8ZSOjxgkkrgtKos1g-GcQzM5sL_4eM4aj8oC9mU3QeJPQ/s320/G.jpg






-          Alat ini berfungsi untuk mengesan abnormaliti aliran darah ke jantung. Alat pengesan bersaiz dua ibu jari itu akan diletakkan di saluran darah atau endothelium iaitu punca kepada kerosakan jantung bermula. Dengan alat tersebut, kerosakan pada jantung dapat dikesan sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan boleh diberikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius.

-          Obesiti menjadi faktor kepada berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut.

-           Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.




6)      Alat Pengesan Alergi


-          Ketika sedang mengalami alergi alat ini mungkin sangat berguna. Sensix adalah alat yang memonitor dan memberi tindak balas bagi yang mengidap alergi. Alat ini juga mempunyai monitor yang secara fizik dan sangat sesuai untuk kanak-kanak.

-          Alat ini juga mengingatkan para pengguna bila masanya untuk (injector) nya perlu diganti. Selain itu, alat ini juga mempunyai monitor yang berupa ikon grafik yang berfungsi untuk mengindentifikasi makanan atau zat-zat penyebab alergi (allergens).
-          Alat ini dicipta oleh Essential design yang memenangi bronze International Design Excellence Award.



7)      Somno Guard (Mengurangkan Dengkur dan Apnea Tidur)
      
-          Somno Guard adalah alat yang mengalih rahang satu saiz berbentuk U yang membetulkan kedudukan rahang yang teralih ketika tidur. Ia menggerakkan rahang bawah ke depan bagi membolehkan udara memasuki bahagian atas salur pernafasan.
-          Dengan itu, masalah dengkur dan apnea tidur halangan dapat dikurangkan atau dipulihkan sepenuhnya.



8)      Slimming Googles
      
-          Alat ini telah dicipta oleh Profesor Michitaka Hirose dan pasukan penyelidiknya di Universiti Tokyo.
-          Alat ini diberi nama ‘slimming googles’ di mana ia boleh membuat makanan kelihatan lebih besar atau kecil. Jadi kegunaan alat ini secara automatik telah menjadi kepada dua iaitu untuk kurangkan berat badan dan membantu untuk menaikkan berat badan.
-          Menurut penciptanya, ujian telah dijalankan ke atas sekumpulan 2 orang lelaki dan wanita dan mendapati bahawa alat ini telah membantu mengurangkan makan sehingga 9.3% daripada tanpa memakai  ‘slimming googles’
-          Kaedah ini dapat menipu psikologi si penakai dan ianya ternyata berkesan.



9)      Robot Bantu Oku


-          gambar ini menunjukkan bagaimana satu robot prototaip mengangkat pesakit atau orang kurang upaya (OKU) daripada katil di hospital atau membantu mereka berjalan.

-          Firma berkenaan merancang untuk memasarkan  produk itu sebagai ‘alat membantu berjalan’ selepas 2013.
-          Profesor yang pakar dalam rawatan pemulihan, Eiichi Saitoh telah menunjukkan cara alat itu berfungsi dengan mengikat tali metalik pada kaki kanannya yang lumpuh akibat polio. Dia juga menunjukkan kepada wartawan di kilang Toyota di Tokyo bagaimana tali itu boleh membengkokkan lutut apabila dikehendaki serta membolehkan dia berjalan dengan lebih normal dan bangun daripada kerusi lebih mudah berbanding menggunakan alat bantuan berjalan sedia ada.

-          Katanya lagi, dia mencuba alat yang dihasilkan itu dengan pesakit lain dan yakin dapat membantu pulih lebih cepat daripada serangan angin ahmar dan penyakit yang menghalang pergerakan.




10)   Neck Massager


-         Neck Massager diperbuat mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah.

 Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang, terapi magnet, terapi terma gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih pertinen, mudah dan berkesan

-          Alat rawatan ini dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains dan efikasi. Reka bentuk luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia.

-          Alat ini juga ringan dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus. Persembahannya stabil dan boleh digunakan semasa tidur kerana ia selamat, selesa dan senang.