1) Alat Pencari Bakat Sukan
Aplikasi yang dipilih akan menentu ukur tahap stamina dan kecekapan
seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah
berbeza di atas panel heksagon. Antara keistimewaan alat ini adalah :-
-
ianya dicipta untuk mengenal pasti bakat awal
kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan
setiap individu mahupun atlet sukan. Selain itu, ciptaannya
juga adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus
menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan sama ada
seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan
sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan
pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada
mesin tersebut. Ia juga bertindak sebagai alat latihan sampingan
sekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani
latihan seperti biasa
Cara penggunaan alat tersebut pula adalah :-
-
pertamanya, pengguna perlu menekan butang mula
dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan. Kemudian, pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga
pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan
mengeluarkan keputusan. Justeru, bacaan yang diperolehi daripada mesin
adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai
kepada mereka yang membuat ujian itu.
2) Mountain Bike
Skiver Ortovok
- - Ini adalah produk untuk peminat aktiviti lasak. Basikal ini dicipta untuk memudahkan pengendaliannya. Dalam erti kata lain, basikal ini juga berfungsi sebagai pengangkutan di laluan berbukit berdasarkan ciri keselamatan yang dimilikinya seperti beg tangan depan dan belakang.
- Selain itu, basikal ini juga boleh menjadi beg galas dan berfungsi sebagaimana basikal berfungsi terutamanya ketika menaiki bukit atau menuruninya.
3) Sut Scuba
-
Design pembuatan alat ini berdasarkan
klasifikasi yang mudah digunakan.
-
Pembuatannya juga memberi peluang kepada orang
cacat untuk mencuba meneroka alam bawah laut, iaitu kerusi roda atau wheel
chair.
4) Alat Terapi elektrostatik DR HEALTH 9000
-
Alat Terapi Medan
Elektrik DR HEALTH 9000 meransang proses pemulihan tubuh badan
menerusi aplikasi medan elektrik 9000V / 60Hz. Alat ini menggunakan kaedah
medan elektrik bagi merangsang pemulihan semulajadi tubuh dengan menggunakan
medan elektrik dari luar tubuh untuk menggalakkan revitalasi sel-sel
tubuh serta meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit. Ia juga berupaya
untuk mengurangkan tahap keasidan dalam darah dan mengembalikannya ke tahap pH
normal agar tubuh kekal sihat
-
DR HEALTH
9000 terbukti mampu membantu pesakit menangani pelbagai kesan akibat
penyakit seperti Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Arthritis,
Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga
batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati tanpa kesan sampingan
jangkapanjang. Ianya juga mempunyai enam fungsi utama untuk mengalirkan
medan elektrik bagi merangsang peredaran darah, membersihkan kotoran dalam
saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal, meningkatkan daya
ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan serta membantu membina sel-sel
baru.
5) Alat Pengesan Aliran Darah
-
Alat ini berfungsi untuk mengesan abnormaliti aliran darah ke jantung. Alat
pengesan bersaiz dua ibu jari itu akan diletakkan di saluran darah atau
endothelium iaitu punca kepada kerosakan jantung bermula. Dengan alat tersebut,
kerosakan pada jantung dapat dikesan sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal
dan rawatan boleh diberikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius.
-
Obesiti menjadi faktor kepada berlakunya pembesaran atrial kiri yang
meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut.
-
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal
American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap
jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.
6) Alat Pengesan Alergi
-
Ketika sedang mengalami alergi alat ini mungkin
sangat berguna. Sensix adalah alat yang memonitor dan memberi tindak balas bagi
yang mengidap alergi. Alat ini juga mempunyai monitor yang secara fizik dan
sangat sesuai untuk kanak-kanak.
-
Alat ini juga mengingatkan para pengguna bila
masanya untuk (injector) nya perlu diganti. Selain itu, alat ini juga mempunyai
monitor yang berupa ikon grafik yang berfungsi untuk mengindentifikasi makanan
atau zat-zat penyebab alergi (allergens).
-
Alat ini dicipta oleh Essential design yang
memenangi bronze International Design Excellence Award.
7) Somno Guard (Mengurangkan Dengkur dan Apnea
Tidur)
-
Somno Guard adalah alat yang mengalih rahang
satu saiz berbentuk U yang membetulkan kedudukan rahang yang teralih ketika
tidur. Ia menggerakkan rahang bawah ke depan bagi membolehkan udara memasuki
bahagian atas salur pernafasan.
-
Dengan itu, masalah dengkur dan apnea tidur
halangan dapat dikurangkan atau dipulihkan sepenuhnya.
8) Slimming Googles
-
Alat ini telah dicipta oleh Profesor Michitaka
Hirose dan pasukan penyelidiknya di Universiti Tokyo.
-
Alat ini diberi nama ‘slimming googles’ di mana
ia boleh membuat makanan kelihatan lebih besar atau kecil. Jadi kegunaan alat
ini secara automatik telah menjadi kepada dua iaitu untuk kurangkan berat badan
dan membantu untuk menaikkan berat badan.
-
Menurut penciptanya, ujian telah dijalankan ke
atas sekumpulan 2 orang lelaki dan wanita dan mendapati bahawa alat ini telah
membantu mengurangkan makan sehingga 9.3% daripada tanpa memakai ‘slimming googles’
-
Kaedah ini dapat menipu psikologi si penakai dan
ianya ternyata berkesan.
9) Robot Bantu Oku
- gambar ini menunjukkan bagaimana satu robot
prototaip mengangkat pesakit atau orang kurang upaya (OKU) daripada katil di
hospital atau membantu mereka berjalan.
-
Firma berkenaan merancang untuk memasarkan produk itu sebagai ‘alat membantu berjalan’
selepas 2013.
-
Profesor yang pakar dalam rawatan pemulihan,
Eiichi Saitoh telah menunjukkan cara alat itu berfungsi dengan mengikat tali
metalik pada kaki kanannya yang lumpuh akibat polio. Dia juga menunjukkan
kepada wartawan di kilang Toyota di Tokyo bagaimana tali itu boleh membengkokkan
lutut apabila dikehendaki serta membolehkan dia berjalan dengan lebih normal
dan bangun daripada kerusi lebih mudah berbanding menggunakan alat bantuan
berjalan sedia ada.
-
Katanya lagi, dia mencuba alat yang dihasilkan
itu dengan pesakit lain dan yakin dapat membantu pulih lebih cepat daripada
serangan angin ahmar dan penyakit yang menghalang pergerakan.
10) Neck Massager
- Neck Massager diperbuat
mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan
suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang
berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah.
Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan
patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi
terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang, terapi magnet, terapi terma
gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih
pertinen, mudah dan berkesan
-
Alat rawatan ini
dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains dan efikasi. Reka bentuk
luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal
digunakan sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia.
-
Alat ini juga ringan
dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang
khusus. Persembahannya stabil dan boleh digunakan semasa tidur kerana ia
selamat, selesa dan senang.