Tuesday, 18 December 2012


INTEGRASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN  PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)

Kecanggihan yang semakin berkembang menyediakan banyak manfaat kepada manusia. Pelaksanaan aktiviti dalam kehidupan seharian menjadi semakin mudah, efektif dan efisien dengan kewujudan pelbagai alat teknologi. Demikian juga dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) di dalam bilik darjah. Penggunaan alat- alat teknologi semasa sesi P&P bukan sahaja menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan mudah, tetapi mampu meningkatkan minat dan fokus para pelajar. Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan bukan sekadar menjadi trend dan ikutan semata- mata, tetapi lebih menjurus kepada pengaplikasian sebuah pendekatan baru dan terkini dalam menghasilkan satu sesi P&P yang berinovasi.

Pengintegrasian teknologi pendidikan dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah memberikan impak yang baik kepada  pelajar mahupun guru mata pelajaran di mana terdapat banyak faedah yang diperolehi. Semestinya dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mempunyai aktiviti-aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal. Oleh itu, pengintegrasian teknologi pendidikan ini dapat memantau denyutan jantung pelajar iaitu dengan menggunakan alat pengukur automatik dan alat transmisi. Kadar denyutan jantung pelajar akan diambil melalui pemakaian jam tangan di pergelangan tangan serta getah elastik yang akan diikat di sekitar dada pelajar untuk merekodkan data. Pengintegrasian teknologi ini akan membantu untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan. Selain itu, sistem telemetri kadar nadi juga boleh digunakan untuk menetapkan sasaran individu. Contohnya, berdasarkan data nadi yang telah direkodkan, pengajar pendidikan jasmani menyediakan preskripsi kepada ibu bapa tentang bagaimana untuk membantu anak-anak mereka meningkatkan fitness. Di samping itu juga, kadar nadi yang telah dicatatkan sebelum ini akan dijadikan sebagai motivasi kepada rakan sekelas.

Teknologi yang semakin moden pada masa kini telah memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam Pendidkan Jasmani dan Kesihatan. Ketika aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dilakukan, pengajar boleh menggunakan perakam video untuk merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain sesuatu permainan, kemudian dapat menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan penambahbaikan. Penggunaan model perakam video monitor LCD yang baru boleh mendapat maklum balas dengan serta merta. Penggunaan teknologi ini adalah untuk membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke masa. manakala video yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk menunjukkan teknik yang betul kepada pelajar, terutama apabila pengajar tidak mempunyai kepakaran. Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang menggunakan video kamera dalam pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan pita kamera dengan serta-merta selepas setiap prestasi, menggunakan maklum balas secara lisan dan memberi isyarat semasa memainkan pita, gunakan video secara berulang kali, ‘zoom in’ untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu, menukar sudut kamera, termasuk perspektif alam sekitar, dan menonton skrin yang berpecah.

Pengintegrasian teknologi pendidikan ini juga mempunyai banyak kesan-kesannya sama ada positif mahupun negatif. Namun penggunaan teknologi ini lebih banyak memberikan kesan yang positif dimana ianya dapat membantu guru-guru  yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.  Sebagai contoh penghasilan perisian berbantukan multimedia-komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Tingkatan Lima, membantu pelajar sekolah manfaatkan kehebatan teknologi teknologi maklumat dalam p&p mata pelajaran sukan.  Guru mata pelajaran PJK boleh mempelbagaikan kaedah p&p, iaitu selain daripada menggunakan kemudahan fizikal seperti padang atau  gelanggang, mereka juga boleh melaksanakan p&p di makmal komputer dengan menggunakan perisian yang direkacipta itu. Begitu juga dengan ujian kecergasan pelajar di sekolah boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa peralatan yang telah direka cipta seperti pembangunan makmal pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), Alat Ujian Tekan TubiMenggunakan Sensor, Alat Ujian Lompat Jauh Berdiri Menguji Kekuatan Otot Berelektronik, Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Subjek Kecergasan Fizikal dan sebagainya.

Manakala dalam bidang sukan pula, para jurulatih di sekolah khususnya, boleh mengadaptasikan penggunaan teknologi untuk membolehkan para atlet mendapat kesan yang positif dalam latihan dan seterusnya menjulang kecemerlangan dalam kejohanan yang disertai.  Sebagai contoh, terciptanya alat pengesan batal dalam acara lompat jauh menggunakan sensor,  alat koordinasi menggelecek bola keranjang berelektronik bagi ujian kecergasan fizikal, analisis kinematik pergerakan kaki dalam latihan sukan lawan pedang menggunakan alat bantuan latihan, alat kiraan mata berelektronik dalam sukan netbal dan sebagainya. Di antara kelebihan penggunaan semua hasil rekacipta yang dinyatakan ini adalah  ianya lebih murah berbanding dengan kos yang perlu dibelanjakan sekiranya menggunakan peralatan yang sama yang terdapat di pasaran, baik dari dalam atau luar negara.  Sebagai contoh, rekacipta dan pembangunan Makmal Pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk Sekolah-sekolah di Malaysia yang mengandungi tujuh stesen ujian hanya menelan belanja sekitar lebih kurang RM5000 sahaja, sedangkan kos di pasaran melebihi RM30,000. Keadaan ini menunjukkan hasil rekacipta teknologi sukan tempatan amat kompeten dan boleh bersaing di peringkat global dengan bukan sahaja hasil yang sama mutunya dengan keluaran luar negara, malah boleh dimiliki dengan harga yang amat rendah, berpatutan dan mampu milik.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan sukan akan memberi impak yang baik kepada pelajar dan atlet. Ianya juga membolehkan guru dan jurulatih membuat persiapan dan perancangan setiap sesi latihan dengan lebih cekap, mudah, berkesan dan diharapkan akan mencapai objektif pengajaran dan kejayaan dalam bidang sukan tersebut. Penggunaan peralatan seperti alat pengering kasut mudah alih yang telah direkacipta oleh UTM akan membantu para pelajar atau atlet membuat persiapan yang sesuai sebelum menyertai kelas PJK dan juga sebelum memulakan sesi latihan atau semasa sesuatu kejohanan. Dengan adanya penggunaan teknologi sebegini, diharapkan negara kita akan terus maju terutamanya kepada pelajar-pelajar serta para pengajar sekaligus dapat melahirkan atlet-atlet yang bermutu di masa hadapan.

Tuesday, 11 December 2012


ini adalah video kumpulan saya yang dirakam dan diedit oleh kumpulan saya sendiri. selamat menonton :)


                                  

hai. ini adalah bahan bantu mengajar bukan eletronik yang telah saya cipta dengan hasil tangan saya sendiri. dan disini saya sertakan gambar-gambar sebelum dan selepas membuat bahan bantu mengajar bukan elektronik ini atau lebih dikenali sebagai "bat dan bola softball/besball".

bahan-bahan yang digunakan


hasil sebelum siap sempurna

hasil yang telah siap sempurna

10 POSISI GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK












DONE :)

hai. ini adalah kulit buku yang telah saya siapkan. just simple. :)



Wednesday, 5 December 2012